|
|||
Isnin, November 13, 2006 Ganjaran akhlak muliaRasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang di tengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”. (Riwayat Abu Daud)Allah SWT memberi ganjaran tinggi kepada orang yang berakhlak mulia, setaraf dengan orang yang berpuasa serta mendirikan sembahyang di tengah malam. Setiap Muslim hendaklah berusaha mempertingkatkan kualiti akhlaknya supaya menjadi baik serta lebih baik sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini kerana setiap amalan akan dihitung dan dihisab di akhirat kelak. Mukmin yang mempunyai akhlak mulia, bukan saja mendapat kemuliaan di dunia, bahkan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti. Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Selasa, November 07, 2006 15 seksaan di dunia, akhirat jika tinggal solatRasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan. Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah saw.: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab." Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?" Jawab Baginda: - Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupa mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka). - Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya). - Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya. - Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik). - Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran. - Doanya ditolak Allah. Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya." Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?" Jawab Baginda: - Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan. - Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar. - Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut. Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah saw., apa pula seksaan di dalam kuburnya?" Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti." Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat. Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh." Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat. Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah saw, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?" Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. "Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar." Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah. Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya. Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).
|
Nuur
hanyalah tipuan walaupun gemerlap dengan hiasannya Kebaikan yang terbesar hanya nanti di akhirat Aunbin Abdillah bertingkah semaunya Buatlah diri ini rela ketika Ketentuanya bicara Dan jangan gelisah Dengan kisah malam Tidak ada kisah Didunia ini yang abadi Imam Syafi'i Cintailah ombaknya Iman itu api Cintailah panasnya Iman itu salju Cintailah dinginnya Iman itu sungai Cintailah arusnya Ada suka dan ada duka Dari itu jadilah insan yang bertakwa Agar dapat mentadbir dengan bijaksana Senja Krismann Embunpagi Makngah Nuratie Temanku Kak Wan Haratz Anjang Skehsan Kembara Edward Mamadewi Dilla Nuur Didalam sujudku asyik menyanjung Umpama pengembara dimalam gelita Kandil cintaNya menerangi jiwa Sekian lama terbiar Dalam belantara hidup nan liar Di bukit ku tersepit dilembah terhina Hidup yang perit mengajarku mencari cinta Oh! Kusangka teguh Kiranya masih rapuh Kusangka mudah namun amat payah Kusedar semua pasti ada akhirnya Moga akhirku diselimut cinta Cinta agung-Nya Sekian lama diri terlara kehidupan terabai Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi Ogos 2006 |