<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d33565062\x26blogName\x3dTinggal+Kenangan....\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://tinggalkenangan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://tinggalkenangan.blogspot.com/\x26vt\x3d-1509100969304890695', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>



Rabu, Ogos 30, 2006

Menjauhi Ghibah

Asalam mualaikum wrt.wbr.

Insan yang menyedari kesalahan serta dosa dosa nya,mungkin bertaubat lebih baik dengan cara lebih berbakti kepada orang tua,serta menjadi isteri yang lebih solehah... Olih kerana itu,sebaiknya kita berhati hati,tidak menghina masa lalu sesama kita...

Kita tidak akan maju,selama masyarakat memiliki sifat irihati.Jika kita berani berbicara,menge nai kekurangan orang lain...tepuk dada tanya selera,siapa sebenar diri kita?

Jangan mudah terpedaya kepada makhluk,yang menyebarkan andaian yang tiada bukti sahih.


Akan terjadi suatu saat masyarakat,tiada akan percaya jika ada penyebaran yang berbaur mencela.Apa yang perlu dilakukan,kita harus memberi contoh yang membina.

Seharusnya orang yang berpendidikan,tidak akan melakukan sesuatu yang tidak baik seperti ghibah.Terkadang manusia tidak sedar mereka sedang berghibah.Dari itu insaflah,bertaubat dan menyedari kesalahan diri sendiri.MasyaAllah...


Nuur Ramlah11:27 PG







Isnin, Ogos 28, 2006

Awasi sepuluh pintu syaitan

Allah berfirman yang bermaksud: Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. (an-Nisa : 120-121).


Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.


Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada dalam kita sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah menyediakan ruang kepada syaitan menapak dalam diri.


Apabila syaitan sudah menguasai diri, seseorang individu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.


Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia itu.


Berlumba-lumbalah nanti syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati dan memujuk nurani manusia melanggar segala perintah Allah.


Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:


Pertama - melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.


Kedua - melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan kebenaran. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.


Ketiga - melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah bila-bila masa. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur. (an-Nahl:23)


Keempat - sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.


Kelima - sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat agar menjauhkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.


Keenam - melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Ketujuh - melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia selalunya akan lahir apabila seseorang individu merasakan dirinya sudah sempurna berbanding orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil. (Riwayat Muslim).


Kelapan - melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja. (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)


Kesembilan - melalui sifat suka berangan-angan. Islam anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehinya.


Kesepuluh dan terakhir - melalui sifat berburuk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang sudah rosak dirinya. (Riwayat Muslim)


Nuur Ramlah1:36 PG







Sabtu, Ogos 26, 2006

KENANGAN SILAM ...

<
Assalam mualaikum wr. wrb. Selamat pagi.

Semuanya sudah berlalu...hari hari yang ku lalui,tanpa kasih sayang,kefahaman dan keadilan seorang lelaki yang bernama suami.Lelaki yang selama ini, ku dambarkan...hanyalah ketandusan yang ku miliki.Namun aku pasrah apa yang terjadi.Semuanya hanya tinggal kealpaan.Namun aku senantiasa bersyukur kehadrat ilahi,dengan segala ketentuanNya.


Bertahun sudah berlalu... namun demi anak anak ku,ku teruskan jua kehidupan ini...hanya kepada Allah swt. sahaja ku himpunkan kemelut kepedihan,yang ku tanggung sendirian selama ini.Hanya kepadaNya ku curahkan penderitaan ku...untuk mendapatkan ketenangan... Alhamdulillah ini dapat ku milikki.


Hanya sampai disini,dapat ku luahkan isi hati ku.Sehingga bersua kembali,ku sudahi dengan ucapan,himpunkanlah segala ikhtibar yang Allah swt.lorongkan untuk kita,kerana hanya dengan ini sahaja,menjadikan kesedaran untuk di renungkan...akhir kata ass.mualaikum wr.wbr.


Nuur Ramlah9:31 PG








INTRO



Nuur






Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i


Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya


Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana



READS

Yani
Senja
Krismann
Embunpagi
Makngah
Nuratie
Temanku
Kak Wan
Haratz
Anjang
Skehsan
Kembara
Edward
Mamadewi
Dilla
Nuur










CHAT BOX

Pesanan Anda






Bertemu cinta teragung
Didalam sujudku
asyik menyanjung
Umpama pengembara
dimalam gelita
Kandil cintaNya
menerangi jiwa

Sekian lama terbiar
Dalam belantara
hidup nan liar
Di bukit ku tersepit
dilembah terhina
Hidup yang perit
mengajarku mencari cinta

Oh! Kusangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah
namun amat payah
Kusedar semua
pasti ada akhirnya
Moga akhirku
diselimut cinta
Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terlara
kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui
kedamaian abadi











ARCHIVE

Ogos 2006
September 2006
Oktober 2006
November 2006
Januari 2007
Februari 2007
Mac 2007
Julai 2007




@@@

Online Users


:: CREDITS ::


Powered by Blogger




Enter your email address below
to subscribe to Tinggal Kenangan!



powered by Bloglet