<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d33565062\x26blogName\x3dTinggal+Kenangan....\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://tinggalkenangan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dms\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://tinggalkenangan.blogspot.com/\x26vt\x3d-1509100969304890695', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>



Ahad, Julai 01, 2007

Hidayah

Apabila Allah swt.menanamkan hidayah didalam kalbu,maka tidak ada seorang pun mampu mencabut atau menghilangkannya.Kita fikirkan Bilal bin Rabbah,sahabat Rasulullah saw. yang mulia.Beliau dijemur dibawah terik matahari,dibawahnya beralas pasir panas
dan badannya dihimpit batu yang berat tetapi bibirnya tetap mengucapkan 'Ahad,Ahad,
Ahad'.

Hanya Allahlah yang melepaskan seseorang daripada setiap kesempitan.Allah swt. berfirman[yang bermaksud]:
"Dan orang yang dipimpin Allah,maka tiadalah orang yang akan menyesatkannya."[Surah Az-Zumar:37].
"Dan siapa yang disesatkan oleh Allah,maka tidak ada yang dapat menunjukinya."[Surah
Ar Ra`du:33].

Demikianlah Allah mengajarkan kepada kita agar senantiasa memohon kepada-Nya sehingga selalu tertuntun dengan cahaya hidayah daripada-Nya.Betapa tidak,hidayah adalah kurnia terindah yang diberikan Allah swt.kepada hamba-Nya.


Nuur Ramlah6:14 PTG







Jumaat, Mac 16, 2007

UJIAN DAN GANJARAN ILLAHI

Manusia ciptaan Allah swt tidak dapat lari daripada setiap ujian-Nya.Bentuk ujian diberi Allah swt ternyata berbeza diantara satu sama lain.Ada manusia diuji dengan musibah dan ada pula dengan kemewahan hidup dengan bersenang-lenang.Kedua-dua bentuk ujian ini menuntut manusia untuk bersabar dan bersyukur.

Jika manusia ingkar daripada bersabar dan bersyukur,maka Allah swt akan mencabar golongan ini melalui sebuah hadis qudsi bermaksud:
"Jika aku menguji kamu dengan kesusahan,kamu tidak mahu bersabar dan jika aku menguji
kamu dengan kenikmatan,kamu tidak mahu bersyukur,maka keluarlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah kamu mencari tuhan yang lain".

Hakikatnya,apa jua pergolakan berlaku dalam hidup,manusia tidak akan terlepas daripada dua bentuk ujian iaitu kesusahan dan kenikmatan.

Jika dilihat,sikap bersabar itu lebih menuntut pengorbanan jika dibandingkan dengan bersyukur.Lazimnya,manusia yang ditimpa musibah akan menempuh kesusahan,keresahan,
tekanan,penderitaan emosi dan sebagainya.

Tetapi,bersyukur itu kelihatan mudah dilaksanakan berbanding bersabar kerana lazimnya
manusia yang dilimpahi dengan kenikmatan dan kesenangan tidak mengalami tekanan dan penderitaan.

Bersyukur bukan semudah melafazkan'Alhamdulillah'.Namun,setiap manusia yang dilimpahi
nikmat bertanggungjawab untuk merealisasikan kesyukuran itu dalam semua aspek kehidupan.

Selain lidahnya tidak henti melafazkan'Alhamdulillah',hatinya juga perlu memperakui bahawa segala nikmat yang diterima itu adalah daripada Allah swt.Nikmat itu boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran.

Rasa bersyukur itu tidak terhenti setakat dengan pengakuan lidah dan hati saja,malah
seluruh kekuatan fizikal dan material yang ada,perlu dibuktikan agar kesyukuran itu benar-benar wujud dan ternyata.

Allah swt memberikan kekayaan material,maka manusia harus mensyukurinya dengan berbelanja pada jalan yang diredai-Nya,disamping membantu golongan berhajat yang tidak bernasib baik.

Allah swt mengurniakan kesihatan dan kekuatan fizikal,maka ia harus ditonjolkan dengan pelaksanaan ibadat fizikal disamping mengorbankan tenaga yang ada untuk berbakti kejalan kebaikan.

Tahap kesyukuran ini perlu dilalui setiap manusia yang menerima kurniaan daripada Allah swt tanpa menyandarkan segala-galanya sebagai milik dan usaha sendiri.Justeru,
pentingnya manusia memahami betapa sukarnya bersyukur seperti dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah[nikmat]kepadamu dan jika kamu mengingkari[nikmat-Ku],maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".[Surah Ibrahim:
Ayat 7].

Lazimnya,manusia yang ditimpa musibah akan memilih bersabar kerana mereka tidak mempunyai banyak pilihan,sama ada untuk pasrah atau mencabar keadilan Illahi.Selagi manusia mempunyai iman yang kukuh,tidak mungkin dia menafikan keadilan Allah swt yang
memberikan musibah atau kesusahan kepadanya.

Selagi manusia memilih untuk taat kepada perintah Allah swt,maka mereka pasti berupaya mengimbangi tuntutan syukur dan sabar dalam diri mereka.


Nuur Ramlah11:04 PG







Khamis, Mac 08, 2007

HIKMAH DIBALIK JANJI

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim,beliau menceritakan tentang seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah saw kerana hendak memeluk agama Islam.

Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat,lelaki itu berkata:
"Ya Rasulullah,sebenarnya saya ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."

Maka Rasulullah menjawab:
"Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?"
"Ya, saya berjanji."Jawab lelaki itu ringkas.Selepas itu beliau pulang kerumahnya.

Menurut riwayat,sebelum lelaki itu memeluk agama Islam,beliau sangat terkenal sebagai
seorang yang jahat.Beliau gemar mencuri,berjudi dan meminum minuman keras.

Maka setelah beliau memeluk agama Islam,beliau berusaha sedaya upaya untuk meninggal
kan segala keburukan-keburukan yang pernah dilakukannya itu.Oleh sebab itulah beliau
meminta nasihat daripada Rasulullah saw.

Dalam perjalanan pulang daripada menemui Rasulullah saw,lelaki itu berkata didalam hatinya:
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untuk berbuat jahat,hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat.Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.Sanggupkah engkau berbohong kepadanya."Bisik hati kecil beliau.

Setiap kali beliau berniat hendak berbuat jahat,maka beliau teringat pesan Rasulullah
saw dan setiap kali itu pulalah hatinya berkata:
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah menghianati janjiku kepada
nya.Sebaliknya,jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam.Oh Tuhan...sesungguhnya didalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah
hikmah yang sangat berharga."

Setelah beliau berjuang dengan hawa nafsunya itu,akhirnya beliau berjaya didalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya.

Menurut hadis itu lagi,sejak hari itu bermula babak baru dalam hidupnya.Beliau telah
berhijrah daripada kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh
Rasulullah saw.

Beliau akhirnya menjadi seorang mukmin yang soleh dan mulia.


Nuur Ramlah9:05 PG







Khamis, Mac 01, 2007

KUNCI PEMBUKA RAHMAT ALLAH SWT.

Keindahan nama Ilahi terpapar pada kekata Al-Fattaah.Ia bererti pembuka segala yang
tertutup dan dengan pertolongan-Nya terbukalah tiap-tiap yang terkunci dengan hidayah
-Nya terbukalah segala kesamaran.

Dia membukakan kerajaan-Nya kepada para nabi-Nya dan menyelamatkan mereka daripada
kekuasaan musuh-musuhnya.

Dia menyingkap tirai-tirai hati para wali-wali-Nya dan ditangan-Nyalah semua kunci
khazanah perbendaharaan yang ghaib tidak ada yang mengetahuinya melainkan Dia semata-mata.

Hanya Dia jugalah yang membukakan perbendaharaan rahmat-Nya kepada sekalian makhluk-Nya seperti yang terkandung didalam firman-Nya.Surah Faathir,ayat 2:"Sesuatu rahmat
yang dibukakan[dikurniakan]Allah swt kepada manusia itu tidak ada yang boleh menahan
nya."

Untuk mencontohi nama ini mohonlah kepada Allah swt melalui doa yang diajarkan baginda saw yang maksudnya:"Ya Allah!Bukakanlah untuk ku pintu-pintu kebaikan,pintu-
pintu keberkatan,pintu-pintu rezeki,pintu-pintu nikmat,pintu-pintu kesihatan,pintu-
pintu kesejahteraan,pintu-pintu keselamatan segala puji hanya untuk-Mu."


Nuur Ramlah9:22 PG







Sabtu, Februari 24, 2007

FIKIRKAN CIPTAAN ALLAH SWT.

Semua manusia ada mempunyai akal.Namun akal mempunyai dua makna.Pertama,akal bererti
pemahaman terhadap makna yang dikehendaki.Ia berfungsi menjelaskan semua urusan,baik berkenaan dengan masalah dunia mahupun agama.Kedua,akal bererti pandangan mata batin dan pengetahuan terhadap mana yang bermanfaat juga mana yang membahayakan baik didunia mahupun diakhirat.

Setiap manusia yang mendapat perintah dan larangan daripada Allah swt,melalui para nabi dan kitab suci berkewajipan menggunakan akalnya.

Firman Allah swt tentang kaum Tsamud,berikut juga patut diperhatikan:"Kaum Tsamud telah Kami beri petunjuk."[S
urah Fushilat: ayat 17].Maksudnya Allah telah menjelaskan
kepada mereka sesuatu yang dapat mereka fahami dengan akal mereka.Tetapi,mereka lebih
menyukai buta[kesesatan]daripada petunjuk itu.

Orang yang berakal sihat pasti boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Dengan akal itu,dia memikirkan semua urusan dunia daripada yang besar sehingga yang
kecil.

Khalid ibnu Shafwan berkata:"Apabila ada seseorang yang tidak boleh menjelaskan apa-apa,dia tidak ada bezanya daripada binatang ternak atau dia hanya berganti rupa."

Sayangnya,kebanyakan orang kurang menggunakan akalnya untuk memahami urusan akhirat.
Urusan dunialah yang menjadi kecenderungan umum dalam memorinya.

Allah berfirman:"Mereka mempunyai hati,tetapi tidak digunakan untuk memahami[ayat-ayat Allah].Mereka pun mempunyai mata,tetapi tidak digunakan untuk melihat[tanda-tanda kekuasaan Allah].Mereka mempunyai telinga,tetapi tidak digunakan untuk mendengar[ayat-ayat Allah."[Surah Al-A`raf:ayat 179].


Nuur Ramlah9:34 PG







Ahad, Februari 04, 2007

MANFAATKAN MASA

Kita selalu didedahkan bahawa dari segi agama,adalah berdosa,jika meninggalkan solat,puasa Ramadhan dan meminum arak tetapi jarang orang mengingatkan bahawa malas itu juga berdosa.Membuang masa juga berdosa.Bahkan bangun lewat diwaktu pagi juga sangat dilarang dalam agama kerana rezeki Allah swt bertambah diwaktu pagi.

Perancangan mesti dibuat untuk menjamin masa kita betul-betul dimaksimumkan dan bermanfaat.Aktiviti ini harus merangkumi aktiviti untuk minda,fisikal dan emosional.Seharus nya bagi menjamin tiada masa terluang dan terbuang.

Justeru,solat subuh sentiasa dikatakan dalam Al-Quran sebagai salah satu solat yang dihadiri para malaikat dan solat yang terpenting.Oleh sebab itu diwajibkan bersolat diwaktu pagi,satu waktu yang sangat enak tidur dibuai mimpi,selain satu-satunya solat yang ada doa didalamnya.

Dalam kesibukan orang berkerja hari ini,ramai yang tidak sempat berdoa selepas solat,walau pun kita digalakkan berbuat demikian.Indahnya solat subuh,sudahpun ada doa didalamnya.Doa nya pula jika dihayati cukup bersifat holistik dan sempurna.

Kita memohon hidayat seperti orang yang pernah dihidayatkan,memohon kesihatan sempurna, keberkatan rezeki yang dilimpahkan dan memohon perlindungan daripada segala keburukan demi kebahagiaan.Bukankah ini merupakan perkara-perkara yang menjadi keutamaan,dalam kehidupan kita?Iaitu hidayah,kesihatan,rezeki,perlindungan keselamatan dan kebahagiaan.Oleh itu jangan sekali-kali terlepas solat subuh!

Orang yang berjaya ialah orang yang merencanakan kehidupannya dengan teratur.Allah swt menyebut dalam Al-Quran bahawa Dia suka melihat kerja orang yang beriman itu,tersusun rapi umpama bangunan yang dirancang susunannya.Segalanya teratur.

Begitu penting merancang sehinggakan seorang pujangga berkata:"Jika anda gagal merancang sesungguhnya anda merancang untuk gagal".Sudah lama agama menggalakkan kita meletakkan azam baru yang diistilahkan berniat.Setiap pagi bangun dari tidur,mesti ada niat melakukan sesuatu kebaikan dan sebelah malam sebelum tidur,disemak melalui proses muhasabah diri.


Nuur Ramlah11:00 PG







MENCARI KURNIA ALLAH SWT.

Dalam surah Al-Jumaah:ayat 10, Allah swt berfirman[bermaksud]:"Apabila telah ditunaikan solat,maka bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah kepada Allah swt sebanyak-banyaknya,agar kamu beruntung".

Dalam surah Al-Qashash:ayat 77, Allah swt pula berfirman:"Carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepada mu[kebahagiaan]kampung akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaan daripada[kenikmatan]dunia.Berbuat baiklah kepada orang lain,sebagaimana Allah swt telah berbuat baik kepada mu dan janganlah kamu melakukan kerosakan dimuka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan".

Dalam usaha mencari kebahagiaan,kita harus sentiasa ingat bahawa duniawi bukanlah tujuan hidup,kerana kita didunia ini,pada hakikatnya mengembara yang akhirnya pasti pulang kekampung akhirat.

Disanalah kita akan tinggal buat selama-lamanya.Bahagia atau bahaya tergantung pada usaha kita semasa hidup didunia ini.

Begitu jugalah hakikat hidup orang yang beriman.Menekankan sikap bantu-membantu,demi mewujudkan keuntungan bersama dan tolong-menolong dalam kebajikan yang mengarah kepada keredaan.

Nilai keimanan melarang seseorang mengejar keuntungan hanya untuk kepentingan diri sendiri, apa lagi jika merugikan orang lain.Dalam hal ini,Islam menggalakkan agar saling tolong-menolong dan bantu-membantu dalam berbuat kebajikan serta mencegah permusuhan,sebagai mana firman Allah swt dalam surah Al-Maidah:ayat [bermaksud]:"Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan".

Allah swt mengingatkan orang beriman,termaktub dalam surah Al-Hasyr:ayat 18[bermaksud]: "Wahai sekelian orang beriman,bertakwalah kepada Allah swt dan hendaklah tiap-tiap orang memperhatikan apa yang dikerjakannya untuk hari esok".

Orang beriman harus mempunyai orientasi kehadapan secara matang.Maka untuk mendukung
visi ini memerlukan ketekunan,aktif dan kreatif.Menghargai waktu,efisien,bekerja secara optimal dan produktif.


Nuur Ramlah9:35 PG







Isnin, Januari 29, 2007

BERPUASA PADA HARI ASYURA

Ibnu Abbas ra berkata:"Apabila Nabi saw telah berhijrah keMadinah,baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura".Baginda bertanya:"Puasa apakah anda pada hari ini?"

Orang-orang Yahudi itu menjawab:"Hari ini hari besar.Pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi
Musa dan menenggelamkan Firaun bersama tenteranya.Maka nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari ini.Maka kami pun berpuasa".

Nabi saw menjawab:"Kamilah yang lebih berhak mengikuti jejak Nabi Musa as daripada kamu
sekelian".Lalu Rasullullah saw berpuasa dan menyuruh para sahabat berpuasa juga pada hari
tersebut.

Berpuasa pada tanggal 10 Muharam amat besar fadilahnya kerana menurut sebuah hadis ia
dapat"menghapuskan dosa setahun yang lalu".

Digalakkan umat Islam yang sihat berpuasa pada 9 dan 10 Muharam atau 10 dan 11 Muharam.
Usah berpuasa pada 10 Muharam sahaja kerana ia menyerupai amalan orang Yahudi.


Nuur Ramlah11:56 PG







SIFAT-SIFAT MANUSIA

Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya,Ihyaa Ulumuddin,beliau menerangkan,bahawa punca perbuatan maksiat atau dosa,berasal daripada empat sifat, iaitu:

1] Sifat Rububiyah:
Daripada kumpulan sifat-sifat ini,muncullah sekumpulan daripada dosa-dosa besar seperti riak,
sukakan pujian,takbur,cintakan pangkat,kepimpinan dan pengaruh,suka memaksa,sukakan
kekayaan,menghina,merendahkan orang lain dan sebagainya.

2] Sifat Syaitaniah:
Daripada sifat ini,muncul perangai dengki,zalim,tipu muslihat,mengajak kepada kerosakan,
kemungkaran,hipokrit,menyeru kepada bidaah,sesat dan seumpamanya.

3] Sifat Bahimiyah[kebinatangan]:
Daripada sifat ini,muncul sikap tamak,rakus,garang,gemar memuaskan syahwat yang menyebabkan,wujudnya perbuatan zina,liwat,homoseks,memakan harta anak yatim dan lain-lain seumpamanya.

4] Sifat Subuiyah[kebuasan]:
Daripada sifat-sifat ini,timbul perbuatan marah,dendam,menceroboh,memaki,bergaduh,
membunuh dan memusnahkan harta.

Menurut beliau lagi,punca utama daripadanya, mengalir perbuatan-perbuatan dosa keanggota
badan dan hati,lantas mewujudkan perbuatan dosa seperti kufur,munafik dan sebagainya.
Dosa pula terbahagi kepada pelbagai kategori,seperti dosa hamba terhadap Allah swt,meninggal
kan solat,puasa,kewajipan khusus adalah termasuk didalam kategori dosa terhadap Allah swt.

Dosa terhadap sesama hamba pula adalah berkaitan dengan hak-hak manusia,seperti tidak
membayar zakat,membunuh,merampas harta,memaki,menuduh,memfitnah dan lain-lainnya
dan ini terbahagi kepada dua,iaitu dosa besar dan kecil.Antara perihal dosa yang digariskan oleh
ulama,sebagai panduan ialah:

A] Dosa kecil menjadi besar jika ia dilakukan secara berterusan dan tidak berazam untuk meninggalkannya.

B] Perbuatan dosa menjadi besar jika dianggap kecil tetapi sebaliknya jika dianggap besar,maka
ia menjadi kecil disisi Allah swt.Ini disebabkan kerana anggapan besar itu timbul daripada
kebencian dan berpalingnya hati daripada perkara dosa tersebut.

C] Dosa kecil menjadi besar apabila dilakukan oleh orang berilmu dan diikuti oleh masyarakat.
Oleh sebab itu,seorang ulama berkewajipan menjauhi dosa dan menyembunyikan sekiranya
terlajak melakukan dosa.


Nuur Ramlah10:15 PG








INTRO



Nuur






Bunga-bunga dunia
hanyalah tipuan
walaupun gemerlap dengan hiasannya
Kebaikan yang terbesar
hanya nanti di akhirat
Aunbin Abdillah


Biarkan hari-hari
bertingkah semaunya
Buatlah diri ini rela ketika
Ketentuanya bicara
Dan jangan gelisah
Dengan kisah malam
Tidak ada kisah
Didunia ini yang abadi
Imam Syafi'i


Iman itu laut
Cintailah ombaknya
Iman itu api
Cintailah panasnya
Iman itu salju
Cintailah dinginnya
Iman itu sungai
Cintailah arusnya


Hidup ini penuh liku-liku
Ada suka dan ada duka
Dari itu jadilah insan yang bertakwa
Agar dapat mentadbir dengan bijaksana



READS

Yani
Senja
Krismann
Embunpagi
Makngah
Nuratie
Temanku
Kak Wan
Haratz
Anjang
Skehsan
Kembara
Edward
Mamadewi
Dilla
Nuur










CHAT BOX

Pesanan Anda






Bertemu cinta teragung
Didalam sujudku
asyik menyanjung
Umpama pengembara
dimalam gelita
Kandil cintaNya
menerangi jiwa

Sekian lama terbiar
Dalam belantara
hidup nan liar
Di bukit ku tersepit
dilembah terhina
Hidup yang perit
mengajarku mencari cinta

Oh! Kusangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah
namun amat payah
Kusedar semua
pasti ada akhirnya
Moga akhirku
diselimut cinta
Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terlara
kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui
kedamaian abadi











ARCHIVE

Ogos 2006
September 2006
Oktober 2006
November 2006
Januari 2007
Februari 2007
Mac 2007
Julai 2007




@@@

Online Users


:: CREDITS ::


Powered by Blogger




Enter your email address below
to subscribe to Tinggal Kenangan!



powered by Bloglet